THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 8 Ogos 2009

Persediaan dengan Pu@sa

Assalamualaikum... kaifa halukum???

hari demi hari, bulan demi bulan...
bulan ramdhan kian dekat..
marilah kita membuat persediaan berpuasa...

Aisyah r.ha beliau berkata :

" aku tidak nampak Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa melainkan pada bulan ramadhan dan ak tidak melihatnya banyak berpuasa melainkan pada bulan syaaban. "

Imam Ahmad dan al-Nasai telah meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, beliau berkata :

" aku berkata, wahai Rasulullah s.a.w, aku tidak nampak kamu berpuasa sepertimana kamu berpuasa pada bulan syaaban ?. Rasulullah s.a.w bersabda : itulah bulan antara Rejab dengan bulan Ramadhan yang manusia leka dengannya. Ia adalah yang bulan yang diangkat amalan padanya dan aku suka sekiranya diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa."

dengan hadis ini kita lihat kesungguhan Rasulullah sebelum menjalani bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan.

saya pernah terdengar ada orang yang menyatakan bahawa puasa dalam bulan syaaban seolah-olah membiasakan puasa dalam bulan ramadhan supaya tidak merasa susah ketika melakukan puasa di bulan ramadhan. bahkan kita dapat merasakan gembira berpuasa dan memasuki bulan ramadhan dengan kekuatan dan kecergasan yang telah kita lalui sebelum masuknya bulan ramadhan. ada tiga perkara yang berkaitan dengan puasa syaaban. tiga perkara ini saya petik dari buku "Rumah Kami di Bulan Ramadhan"karya Dr. Abd.Wahid Al-Wakil.

TIGA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PUASA SYAABAN


1) Mengkhususkan puasa pada Nisfu Syaaban kerana menyangka ia mempunyai kelebihan dari hari yang lain ( pendapat tidak mempunyai dalil yang sahih sungguhpun dibenarkan berpuasa pada hari itu kerana ia termasuk dalam hari putih iaitu hari yang disunatkan berpuasa )

2)
Hikmah di sebalik keprihatinan Rasulullah s.a.w dengan puasa sunat di bulan syaaban sebelum bulan ramadhan ialah sebagai persediaan untuk puasa fardhu dan pembiasaan terhadap amalan berpuasa. Ini kerana orang yang tidak biasa berpuasa sering terlupa. Justeru persoalan berhubung dengan seorang yang makan dalam keadaan terlupa dia berpuasa sering diajukan.

ada cerita tentang seorang lelaki yang mengadu kepada Abi Hurairah didalam hadis iaitu :

" Pada suatu pagi, aku berpuasa, lalu aku terlupa dan termakan". Abu Hurairah r.a menjawab : "tidak mengapa" lelaki itu berkata lagi : " kemudian aku berjumpa dengan seseorang, maka aku terlupa lalu termakan dan terminum." Abu Hurairah menjawab : " tidak mengapa. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi anda makan dan minum." lelaki itu berkata lagi : " kemudian aku bertemu dengan orang ketiga dan aku makan dan minum". Abu Hurairah r.a berkata : " Sesungguhnya engkau seorang yang tidak membiasakan diri dengan berpuasa."

dengan cerita di atas, kita hendaklah membiasakan diri sebelum menghadapi bulan puasa.

3) Ada pendapat yang menyatakan bahawa jika kita berpuasa pada hari syak dan kebetulan hari tersebut awal bulan Ramadhan, maka dia hendaklah mengqadha'kan puasa itu dengan hari yang lain. Sekiranya dia berpuasa pada hari tersebut kerana kebetulan memang kebiasaannya berpuasa pada hari tersebut, maka dibolehkan berpuasa.

hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda :

" Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan sehari @ dua kecualilah sekiranya hari tersebut telahmenjadi kebiasaan bagi seseorang untuk berpuasa, maka berpuasalah pada hari tersebut."

itu sahaja yang saya mahu ceritakan. Jadi, saya berharap kepada pembaca hayatilah catatan kali ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang puasa bacalah buku yang saya baca iaitu " Rumah Kami di Bulan Ramadhan".

marilah kita sama-sama membuat persediaan dengan bulan yang penuh mulia yang akan kian tiba. Hayati bulan Ramdhan kali ini kerana kita tidak mengatahui kapan kita akan meninggalkan bumi Allah ini. Kematian adalah perkara yang PALING DEKAT dengan kita. Jadi hayatilah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

InsyaAllah, pada post yang akan datang saya akan menceritakan "persediaan dengan Al-Quran"
sebelum itu saya nak baca buku dulu..
o.k terimalah pantun yang kakak saya buat (irah)

adik demam saja-saja,
sampai sekarang tidak sembuh,
akhir sudah catatan saya,
sekian Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

0 ulasan: