THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 27 Oktober 2009

IMPIANMU,IMPIANKU JUGA

Peluru rifle memburu laju,
Setangkas kakimu berlari,sesaat tak menunggu,

Broza-broza meranapkan rumah-rumah,
seranap hati ibu yang kehilangan zurriyyah,

Larian kakimu berhenti untuk mencapai seketul batu,

si ibu kelu ; 'tiada lagikah anakku untuk diserahkan untuk agamaMu?'

Lantas kamu mengorak langkah, seluruh tenaga dikerah,

si ibu menadah;'matikan anakku di jalanMu ya Allah.

Saat batu itu meluru, peluru terlebih dahulu hinggap di jantungmu,

si ibu redha walau sedikit rasa sedih dan pilu.

Lailaahaillah Muhammadaurrasuulullah.

Kain bendera dibuka untuk si ibu mengucup wajah bersihmu,

Pergilah kamu kepada Tuhanmu,

Bukankah itu impianmu sejak dilahirkan lagi?

Ya Allah, masukkan dia dalam kalangan syuhada'Mu,

Amin...

Jumaat, 16 Oktober 2009

>>Iman @dalah Nyawe<<

Justeru,untuk berjaya setiap insan wajib beramal dengan syariat
Islam secara sempurna berasaskan QURAAN dan SUNNAH.
Walau bagaimanapun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman.
Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ai adalah
nyawa dan nadi yang menentukan sama ada sesuatu amalan diterima
ataupun ditolak oleh ALLAH.Ia adalah syarat kepada sahnye amal disisi ALLAH.

Dalam surah az-Zumar ayat 65; Allah menjelaskan,,"Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepada (Muhammad) dan kepada nabi-nabi sebelummu, 'Jika kamu menyekutukan Allah, akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi"

Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya kesesatan tidak menyelubunginya. Antara baja yang perlu diberikan kepada (seperti yang disarankan dalam al-Quran) adalah baja ilmu serta kefahaman melalui penguasaan 2 ayat.

Rujukan: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin