THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 16 Oktober 2009

>>Iman @dalah Nyawe<<

Justeru,untuk berjaya setiap insan wajib beramal dengan syariat
Islam secara sempurna berasaskan QURAAN dan SUNNAH.
Walau bagaimanapun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman.
Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ai adalah
nyawa dan nadi yang menentukan sama ada sesuatu amalan diterima
ataupun ditolak oleh ALLAH.Ia adalah syarat kepada sahnye amal disisi ALLAH.

Dalam surah az-Zumar ayat 65; Allah menjelaskan,,"Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepada (Muhammad) dan kepada nabi-nabi sebelummu, 'Jika kamu menyekutukan Allah, akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi"

Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya kesesatan tidak menyelubunginya. Antara baja yang perlu diberikan kepada (seperti yang disarankan dalam al-Quran) adalah baja ilmu serta kefahaman melalui penguasaan 2 ayat.

Rujukan: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin

0 ulasan: