THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 22 November 2009

MENDAKI BUKIT PANORAMA & BERKUNJUNG KE MUZIUM SG.LEMBING

BERSAMA RAKAN-RAKANKU...( UhUBbUkI FiLLaH )

ketika ingin mendaki bukit...
dah sampai..berahat sebentar..[•_•]

di muzium Sg. Lembing...


bergambar beramai-ramai...[•_•]



bergambar dengan kawan-kawanku
semangat bergambar..hihi...[•_•]

bersama gengku...semoga ukhuwwah kita berkekalan...
bersama muallim Tg. Hilmie...( muallim yang mengajarku sains..)

UHUBBUKI FILLAH.....[•_•]

Selasa, 27 Oktober 2009

IMPIANMU,IMPIANKU JUGA

Peluru rifle memburu laju,
Setangkas kakimu berlari,sesaat tak menunggu,

Broza-broza meranapkan rumah-rumah,
seranap hati ibu yang kehilangan zurriyyah,

Larian kakimu berhenti untuk mencapai seketul batu,

si ibu kelu ; 'tiada lagikah anakku untuk diserahkan untuk agamaMu?'

Lantas kamu mengorak langkah, seluruh tenaga dikerah,

si ibu menadah;'matikan anakku di jalanMu ya Allah.

Saat batu itu meluru, peluru terlebih dahulu hinggap di jantungmu,

si ibu redha walau sedikit rasa sedih dan pilu.

Lailaahaillah Muhammadaurrasuulullah.

Kain bendera dibuka untuk si ibu mengucup wajah bersihmu,

Pergilah kamu kepada Tuhanmu,

Bukankah itu impianmu sejak dilahirkan lagi?

Ya Allah, masukkan dia dalam kalangan syuhada'Mu,

Amin...

Jumaat, 16 Oktober 2009

>>Iman @dalah Nyawe<<

Justeru,untuk berjaya setiap insan wajib beramal dengan syariat
Islam secara sempurna berasaskan QURAAN dan SUNNAH.
Walau bagaimanapun amalan seseorang dianggap mati tanpa iman.
Iman berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan dan ai adalah
nyawa dan nadi yang menentukan sama ada sesuatu amalan diterima
ataupun ditolak oleh ALLAH.Ia adalah syarat kepada sahnye amal disisi ALLAH.

Dalam surah az-Zumar ayat 65; Allah menjelaskan,,"Dan sesungguhnya sudah diwahyukan kepada (Muhammad) dan kepada nabi-nabi sebelummu, 'Jika kamu menyekutukan Allah, akan gugurlah segala amalanmu dan kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi"

Oleh kerana iman adalah nyawa kepada segala amalan dan tindak tanduk manusia, ia perlu dibajai dengan ramuan yang betul supaya kesesatan tidak menyelubunginya. Antara baja yang perlu diberikan kepada (seperti yang disarankan dalam al-Quran) adalah baja ilmu serta kefahaman melalui penguasaan 2 ayat.

Rujukan: Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin

Isnin, 14 September 2009

LAUNGAN MERDEKA TIDAK DIKUMANDANGKAN..

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

hihi...=) tajuk di atas memang sesuai untukku ulas..
kamu semua mesti tahukan yang saya ni baru habis UPSR..
tapi laungan merdeka tidak berkumandang di sekolah kami...

NAK TAHU SEBAB APA????

sebab...

1) ujian lisan bahasa arab belum selesai lagi...
2) ujian hafazan pun sama...
3) amali untuk matapelajaran SPPM

aduh...ingatkan dah merdeka, tapi... malangnya...
tak merdeka lagi...
huhu... tahu lah malaysia dah merdeka lama tapi kami...
sedihnya... =(

" jangan nangis" kata aku..

" kita sebenarnya belum lagi merdeka sebab banyak lagi
cubaan dan ujian akan menimpa kita..
PMR?? SPM?? Universiti?? banyak tu.........

tetapi kita boleh jugak nak main kerana kita
sudah habis ujian yang penting....=)

tapi nak main tu ingatlah dunia sikit..=(

muallim dan muallimah akan mengadakan program seperti

melawat,qiam,jambori dan lain-lain jika habis sudah ujian tersebut...=(

tapi jangan risau lepas habis je semua ujian

nak maerdeka, merdekalah....=)



disini sahajalah..assalamualaikum dan maasalamah.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Persediaan dengan Pu@sa

Assalamualaikum... kaifa halukum???

hari demi hari, bulan demi bulan...
bulan ramdhan kian dekat..
marilah kita membuat persediaan berpuasa...

Aisyah r.ha beliau berkata :

" aku tidak nampak Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa melainkan pada bulan ramadhan dan ak tidak melihatnya banyak berpuasa melainkan pada bulan syaaban. "

Imam Ahmad dan al-Nasai telah meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, beliau berkata :

" aku berkata, wahai Rasulullah s.a.w, aku tidak nampak kamu berpuasa sepertimana kamu berpuasa pada bulan syaaban ?. Rasulullah s.a.w bersabda : itulah bulan antara Rejab dengan bulan Ramadhan yang manusia leka dengannya. Ia adalah yang bulan yang diangkat amalan padanya dan aku suka sekiranya diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa."

dengan hadis ini kita lihat kesungguhan Rasulullah sebelum menjalani bulan yang penuh mulia iaitu bulan Ramadhan.

saya pernah terdengar ada orang yang menyatakan bahawa puasa dalam bulan syaaban seolah-olah membiasakan puasa dalam bulan ramadhan supaya tidak merasa susah ketika melakukan puasa di bulan ramadhan. bahkan kita dapat merasakan gembira berpuasa dan memasuki bulan ramadhan dengan kekuatan dan kecergasan yang telah kita lalui sebelum masuknya bulan ramadhan. ada tiga perkara yang berkaitan dengan puasa syaaban. tiga perkara ini saya petik dari buku "Rumah Kami di Bulan Ramadhan"karya Dr. Abd.Wahid Al-Wakil.

TIGA PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PUASA SYAABAN


1) Mengkhususkan puasa pada Nisfu Syaaban kerana menyangka ia mempunyai kelebihan dari hari yang lain ( pendapat tidak mempunyai dalil yang sahih sungguhpun dibenarkan berpuasa pada hari itu kerana ia termasuk dalam hari putih iaitu hari yang disunatkan berpuasa )

2)
Hikmah di sebalik keprihatinan Rasulullah s.a.w dengan puasa sunat di bulan syaaban sebelum bulan ramadhan ialah sebagai persediaan untuk puasa fardhu dan pembiasaan terhadap amalan berpuasa. Ini kerana orang yang tidak biasa berpuasa sering terlupa. Justeru persoalan berhubung dengan seorang yang makan dalam keadaan terlupa dia berpuasa sering diajukan.

ada cerita tentang seorang lelaki yang mengadu kepada Abi Hurairah didalam hadis iaitu :

" Pada suatu pagi, aku berpuasa, lalu aku terlupa dan termakan". Abu Hurairah r.a menjawab : "tidak mengapa" lelaki itu berkata lagi : " kemudian aku berjumpa dengan seseorang, maka aku terlupa lalu termakan dan terminum." Abu Hurairah menjawab : " tidak mengapa. Sesungguhnya Allah SWT telah memberi anda makan dan minum." lelaki itu berkata lagi : " kemudian aku bertemu dengan orang ketiga dan aku makan dan minum". Abu Hurairah r.a berkata : " Sesungguhnya engkau seorang yang tidak membiasakan diri dengan berpuasa."

dengan cerita di atas, kita hendaklah membiasakan diri sebelum menghadapi bulan puasa.

3) Ada pendapat yang menyatakan bahawa jika kita berpuasa pada hari syak dan kebetulan hari tersebut awal bulan Ramadhan, maka dia hendaklah mengqadha'kan puasa itu dengan hari yang lain. Sekiranya dia berpuasa pada hari tersebut kerana kebetulan memang kebiasaannya berpuasa pada hari tersebut, maka dibolehkan berpuasa.

hadis daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda :

" Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan sehari @ dua kecualilah sekiranya hari tersebut telahmenjadi kebiasaan bagi seseorang untuk berpuasa, maka berpuasalah pada hari tersebut."

itu sahaja yang saya mahu ceritakan. Jadi, saya berharap kepada pembaca hayatilah catatan kali ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang puasa bacalah buku yang saya baca iaitu " Rumah Kami di Bulan Ramadhan".

marilah kita sama-sama membuat persediaan dengan bulan yang penuh mulia yang akan kian tiba. Hayati bulan Ramdhan kali ini kerana kita tidak mengatahui kapan kita akan meninggalkan bumi Allah ini. Kematian adalah perkara yang PALING DEKAT dengan kita. Jadi hayatilah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.

InsyaAllah, pada post yang akan datang saya akan menceritakan "persediaan dengan Al-Quran"
sebelum itu saya nak baca buku dulu..
o.k terimalah pantun yang kakak saya buat (irah)

adik demam saja-saja,
sampai sekarang tidak sembuh,
akhir sudah catatan saya,
sekian Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ahad, 19 Julai 2009

Uj!aN ....

assalamualaikan............

saya diberi nama ribie amir bin rushdan.
bercita cita menjadi seorang kontraktor.

UJIAN...ujian adalah benda yang perlu dibuktikan kepada manusia,yang terutamanya pelajar
yang berumur 12,15,17 tahun.
Saya berminat untuk menceritakan tentang ujian ini kerana saya berumur 12 tahun dan
kakak saya berumur 15 tahun.
Tahun ini ,saya akan menghadapi dua ujian yang besar bagi saya iaitu
Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) dan...
Sistem Pentaksiran Pelajar Musleh ( SPPM )...

peperiksaan bagi SPPM telah saya harungi pada bulan JULAI yang lalu..
banyak ujian yang harus saya lalui..
antaranya seperti..
menghafal fakta-fakta tentang sirah nabi,
menghafal perkataan bahasa arab untuk membuat karangan..
dan lain-lain...

pekara berikut begitu mencabar bagi saya...
saya sering menanyakan pengamalan yang
kakak saya lalui dua tahun lepas..
iaitu Zinnierah bt Rushdan...

" i'ei ( gelaran bagi saya) bacalah buku tu !! " marah kakak saya...

" nantilah .. ..( jawab saya)

" wei gi la baca buku tu.......( marah akak saya lagi )

" o.k....o.k... nak gi baca buku la ni...

begitulah dialog antara saya dengan akak saya...
terima kasih kerana memberi semangat dan tunjuk ajar irah :)

dengar cerita...

" esok periksa apa??? " tanya irah

" bahasa arab ( penulisan )... " jawab saya

"ooooo... senang je... banyak hafal perkataan arab je.."

" ye ke senang?.. susah la..dah la buat karangan... "

" memanglah susah..kalu i'ei fikir susah.."

" o.k...o.k... "..

dalam kepala saya

" senang..senang...hahaha" jawab saya sambil ketawa..

" orang bagi semangat.. dia main-main pulak.." marah akak saya..

"hihi..."

begitulah cerita saya dengan akak saya...
bagi saya peperiksaan adalah ujian yang begitu sukar untuk harungi...
tetapi saya cuba untuk mencapai dengan cemerlang...
bagi saya lagi no. bukan penting...

yang penting bagi saya ialah
ilmu yang dicurahkan oleh muallim/ah yang saya sayangi..
saya amalkan dengan sebaik mungkin...


" Go0d LuCk !!! "
" $em0gA BerJaYa !!!! "
" بالنجاح !! "
( kata-kata semangat yang akak saya bagi )