THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 28 Disember 2011

NIAT,KEMAHUAN DAN TUJUAN

Kebiasaannya kita mengaitkan niat dengan ibadat yang ingin kita lakukan, seperti solat,puasa dan sebagainya.

Bagaimanapun,niat adalah kalimah yang sama erti dengan kemahuan (Iradah) dan tujuan (Qasad). begitu kata ulamak yang muktabar, Ibnu Qudamah al-Maqdisi.

Oleh itu, niat seharusnya bekaitan dengan segala tindak tanduk yang kita lakukan seharian. Niat memepunyai peranan yang besar dan pengaruh yang amat kuat ke atas perbuatan yang kita lakukan.

Sebagai contoh mudah, bandingkan antara orang yang membunuh dengan niat dan orang yang membunuh tanpa niat. Sudah tentu impak perbuatan kedua-duanya berbeza. Begitu juga perbandingan orang yang solat kerana Allah dan orang yang solat kerana mahu dilihat soleh. Itulah sebabnya orang-orang munafik cukup malas solat isyak dan subuh secara berjemaah.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Tiada solat yang lebih berat bagi orang munafikin selain subuh dan isyak. Jika
mereka tahu ganjaran yang dapat pada kedua-dunya, nescaya mereka datang
solat walaupun terpaksa merangkak"(Hadith Riawat Bukhari)

Bukan sahaja amalan mereka tidak diterima, bahkan niat orang-orang munafik yang rosak itu menyebabkan mereka malas melakukan amal soleh.

Sabtu, 9 April 2011

MEMERANGI NAFSU & SYAITAN

Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari kiamat adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang paling besar bagi manusia adalah syahwat perut. sebab itulah Adam dan Hawa dikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana. Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Namun mereka tidak tahan membendung keinginannya sehingga memakannya. Dan pada dasarnya perutlah sebagai sumber segala syahwat.
Sebahagian ulama mengatakan,"Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya,maka dia akan menjadi hamba syahwatnye. Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya. Dan hatinya semakin lalai. Barangsiapa yang menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bereti die telah menanam 'pohon' penyesalan dalam hatinya."
Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk ada 3 bahagian. Dia menjadikan malaikat hanya diberikan akal,tanpa diberi syahwat. Lalu dia menjadikan haiwan yang dibekali syahwat tanpa diberi akal dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat. Jika seseorang telah mengalahkan akalnya maka haiwan lebih baik daripada die. Namun barang siapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya tetulah dia lebih baik daripada malaikat.
Ibrahim al-khawas telah meriwayatkan: Pada suatu ketika aku ke Gunung Lukam, ingin sekali aku mengambil Buah Delima. Kemudian kuambil satu dan kupecahkan namun apabila kumakan sedikit berasa masam. Maka kutinggalkan sahaja buah delima itu. Kemudian aku melihat seorang lelaki jatuh tersungkur dikerumuni lalat yang menggigit. Lalu aku menegurnya,"Assalamualaikum." Dia menjawab,"Waalaikumussalam,wahai Ibrahim." Kutanya dia,"bagai mana engkau mengenalku? Dia menjawab," barang siapa yang makrifat kepada Allah tidak ada suatu samar baginya. Lalu aku mengatakan,"kulihat engkau istimewa disisi Allah. Mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari gigitan lalat itu?"die menjawab,"aku pun melihat engkau mempunyai keistimewaan disisi Allah. Lalu mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari syahwat (keinginan terhdap delima? sesungguhnya lazatnya delima dapat mengakibatkan seseorang menderita diakhirat. Sedangkan gigitan lalat adalah terasa di dunia sahaja. gigitan lalat pada nafsu sedangkan gigitan syahwat itu pada hati!. (PENENANG JIWA)