THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 19 Februari 2012

Apa itu ihklas??

Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih,jernih,murni dan suci daripada perrcampuran atau pencemaran sifat lain.

Jika melahirkan kata,''Aku memuliakan ketaatanku hanya kepada Allah." ia beerti, tujuan memuliakan ketaatanya hanya kerana Allah tanpa ada perasaan riyak.Al-Fairuzabadi telah berkata:"ikhlaslah kerana Allah." Maknanya miniggalkan sifat riyak dan menunjuk-nunjuk.

Ikhlas merupakan istilah tauhid. Orang-orang yang ikhlas adalah mereka yang mengesakan Allah dan merupakan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Adapun pengertian ikhlas menurut istilah syarak adalah seperti yang unkapkan oleh Ibnu Qayyi: "mengesakan Allah Yang Hak dalam berniat melakukan ketaatan, bertujuan hanya kepada-Nya tanpa mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.''

Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah sekalipun.Apa yang diinginkannya ialah reda Allah S.W.T. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereke mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar." (surah Al-Bayyinah ayat 5)

Doa kita agar dihindari sifat yang dibenci oleh Allah S.W.t dan Rasulullah S.A.W iaitu sifat riyak dan takabbur.