THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 28 Disember 2011

NIAT,KEMAHUAN DAN TUJUAN

Kebiasaannya kita mengaitkan niat dengan ibadat yang ingin kita lakukan, seperti solat,puasa dan sebagainya.

Bagaimanapun,niat adalah kalimah yang sama erti dengan kemahuan (Iradah) dan tujuan (Qasad). begitu kata ulamak yang muktabar, Ibnu Qudamah al-Maqdisi.

Oleh itu, niat seharusnya bekaitan dengan segala tindak tanduk yang kita lakukan seharian. Niat memepunyai peranan yang besar dan pengaruh yang amat kuat ke atas perbuatan yang kita lakukan.

Sebagai contoh mudah, bandingkan antara orang yang membunuh dengan niat dan orang yang membunuh tanpa niat. Sudah tentu impak perbuatan kedua-duanya berbeza. Begitu juga perbandingan orang yang solat kerana Allah dan orang yang solat kerana mahu dilihat soleh. Itulah sebabnya orang-orang munafik cukup malas solat isyak dan subuh secara berjemaah.

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Tiada solat yang lebih berat bagi orang munafikin selain subuh dan isyak. Jika
mereka tahu ganjaran yang dapat pada kedua-dunya, nescaya mereka datang
solat walaupun terpaksa merangkak"(Hadith Riawat Bukhari)

Bukan sahaja amalan mereka tidak diterima, bahkan niat orang-orang munafik yang rosak itu menyebabkan mereka malas melakukan amal soleh.